Monday, February 09, 2009

Talam Suji


TALAM SUJI

Lapis bawah :

1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

8 comments:

Anonymous said...

Kuih Peberet saya nih... sedapppp

Mommy Khaalish said...

dah cuba resepi kak liza ni..satu talam tak menjadi sebab masuk air kukus...satu lagi menjadi..amatlah lazat lemak berkrim...

E-jah said...

dah cuba resepi kak liza ni ..menjadi dan memang sedap ..terima kasih kerana kongsi resepi ni.:)

Manesa Bridal & Boutique said...

guna size loyang ape yer

Anonymous said...

yg paling saya suka pasal resepi ni, tak guna telur.. thanks..

Unknown said...

Dah tryy.. Memang mabelesss

Mohamad Rizal said...

Assalammualaikum..

Boleh saya tanya sukatan untuk loyang yang berukuran berapa?
Saya punya yang 11" x 11".

terima kasih puan..

NaJa said...

Rasanya kena guna loyang 10x10 @11x11 yg tinggi 3". Sbb layer atas & bwh masing2 4cwn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers