Tuesday, February 10, 2009

Mee Calong

Kekadang tu mmg rasa buntu nak masak nasi dan laukpauk...
so kakliza suka serve mee atau seangkatan dengannya..
lagi simple lagi kakliza suka masak..
senang kerja..tak banyak songeh...



MeeCalong

MEE CALONG [MEE FISHBALL]

Bahan
1 rangka ayam [potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Bahan Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih ]
2 s/b kicap cair


Bahan Calong
1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang
1 s/k lada hitam tumbuk
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara.
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

5 comments:

maklang said...

nak sikit...lama dah mengidam ni..

Mama Ghock said...

eeemmmm... meriahnya mee calong kak liza... pasni nak makan buleh buat sendiri tak payah tunggu sampai ke Kuantan baru dpt makan... emmm... sedapnya... dpt bayangkan, lepas makan berpeluh2...

Kokoa&friends said...

mee calong mmg best..resepi mak saya pun sama dgn kak liza..

Norazizah said...

nampak sedap ler k.liza,izzah nak try ler ..insyallah pasti ust suka.

SyamiN said...

macam mee sup jea...mee calong original mane ade sayur...just.... daun bawang jea...kalau nak tahu mee calong original,yang dalam warung kita 19/03/2010 astro 105...itu saya dah cuba...mmg besh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers