Monday, February 09, 2009

Kerutup Ayam



Bahan

1 ekor ayam [buangkan kulit & potong kecil]
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
2 cawan santan
1 s/b gula merah
1 s/b kerisek
3 s/b minyak untuk menumis

Bahan Kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

1 comment:

lily said...

salam k liza nak tanya bwg merah goreng dalam resepi kerutub ayam .goreng sebijik2 or kisar dulu
tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers