Monday, September 27, 2010

Acar Buah lagiiii...





menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...tetapi kali ni kakliza buat lewat sikit..
hanya dekat nak raya dan bawa balik kampung di Kedah nun..


memang sedap bila ada acar ni waktu sahur.. atau makan ramai atau kenduri..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...

teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..

then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..

then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..

selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilogram bahan2..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..

setakat ni acar kkliza mmg tahan lama..
saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untuk menguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..

masa kakliza baru bergiat dalam forum [tahun 2003] dan berkenalan ngan org siber..
kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..


ACAR BUAH

Bahan

500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

5 comments:

Sueozana said...

Salam Syawal kak Liza...
Erm.. Sue dah lama follow K liza ni, dah cuba mcm2 resepi kkak n smuanya BEST! Tq sooo mch for sharing!

Hari ni sue nak ucap terima kasih krana kkak letakkan resepi acar BUAH yg memang sue dok cari lama dah.. Hari tu ada Pak Engku ajar kat TV, tp I missed d programme.

Tq,tq.tq... smoga kak Liza n kluarga diberkati Allah s.w.t.

CikGu NOr said...

salam kakliza..saya pun suka sangat ngan acar ni..kalau kwn2 kat kedah balik kg..sure kami mengorder..sedap btul tp x pandai nak buat..kat aner nak cari buah2 jeruk tu?

roshanilawatey said...

Salam Kak Liza,

Bestnya acar buah ni.... kalau bulan Ramadan, saya mesti cari acar buah untuk membuka selera...

Kalau ke majlis kenduri kahwin, saya sangat berharap ada acar buah.

Lepas ni boleh guna resepi Kak Liza untuk masak acar buah.

Terima kasih, semoga ilmu yang dikongsi ini menambahkan keberkatan hidup Kak Liza...

zuraina said...

Dah lama cari resepi nih. Husband suka sgt mkn acar buah. Bole le buat sendiri since beli kat luar bole tahan mahal. Mungkin leceh utk membuatnyer. Mekasih kongsi.

Rahmah Mokhtar said...

Terima kasih Kak Liza, sebab kongsi resepi ini. Suka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers