Sunday, October 18, 2009

Betik


Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L
sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.


Khasiat Betik
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  • Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
  • Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
  • Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
  • Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik:




~ Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.
~ Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
~ Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
~ Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
~ Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk diambil setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen ubat-ubatan kimia yang dijual dikedai-kedai, buah jauh lebih baik tanpa effek samping yang berbahaya serta dari segi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.




5 comments:

silversarina said...

saya amat sukakan betik tapi saya hanya makan yang warna oren pekat, warna lain kurang sedap rasanya, betik sangat baik untuk legakan gastrik / pedih ulu hati .. betik dalam gambar akak ni meang sedap, nampak pun saya dah dapat agak rasanya.

hanieliza said...

tepat sekali..
warna orennya, manis dan pejalnya sungguh menepati citarasa kakliza..

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sukanye nengok betik...nanti nak g cari nih...

Zue Murphy said...

I like betik. I can eat it just like that or dress it up with kuah rojak.

Anonymous said...

酒店
酒店經紀 酒店上班 酒店兼差 台北酒店 酒店打工 酒店工作 禮服酒店
酒店兼職 酒店PT 打工兼差
酒店喝酒 酒店消費 喝花酒 粉味

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers