Wednesday, July 14, 2010

Mee Hailam

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


4 comments:

Ida Ddapur said...

slm k'liza....emm,ida mmg suka jenis mee yang berkuah ni,mkn panas2 mmg sedap...terliur ida tgk..

Epelijau said...

Salam kak liza..kalau baki sup ayam yg kat bawah tu buatkan jadi kuah mee hailam ni pun sodapkan...wahh...mcm nak buat mee hailam plak hari ni...

kakliza said...

>> Ida..
mmg sedap makanan dimakan sebaik selepas siap masak..makanan pun nampak so fresh jer.. esp sayuran hijau tu..

>> Epelhijau..
lebihan kuah sup tu mmg sesuai betul dibuat mee hailam..makanan sedap..cepat siap..kerja pun ringan..

mamaAliff @ salmi said...

mcm best je hujan2 time gini mkn mee panas2 kan..mcm nk try je utk dinner mlm nih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers