Tuesday, July 13, 2010

Laksam



LAKSAM

BAHAN

1/2 kg ikan..kembung/selayang...bakar dan ambil isi
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
garam secukupnya

ULAMAN...[mayang/racik/hiris halus]
Taugeh.....buangkan akar
kacang panjang
kobis
kacang botol
Daun kesum
bunga kantan
timun

SAMBAL....[ ditumbuk saperti sambal belacan]
Cili api
Cili merah/hidup
Belacan
Air limau kasturi/limau nipis

Bahan penting.....
Laksanya...macam kuetiauw tu...(selalunya k.Liza beli siap dan balik buat kuah kat rumah jer....belum tamat belajar buat laksanya lagi...)

CARA:
1. Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan masakkan perlahan-lahan sampai mendideh.
2. Rasakan masinnya.
3. Hidang bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi atau limau nipis.


5 comments:

Amak Kongsi said...

hooo, laksam. Paling suka tu. lama dah tak buat, selalu gak kawan saya suruh buat if nak buat open house. tak rugi mak saya ajar dulu.. hehe

musa said...

asmkum saya selalu ikut blog ni sebab banyak resepi, saya selalu ambil untuk masakan peribadi, saya sendiri masak untuk keluarga, kalau laksam ini isteri saya pandai masak kuah dan isinya sekali kuahnya pekat banyak ikan, maklumlah kita tinggal di tepi laut kawasan ikan kat kuala Kedah. Terima kaseh kpd Puan Hanieza kerana banyak resepi sya dah ambil n guna

Kak Rose said...

salam kak liza, dulu duk berjiran ngan orang kelantan sllu dapat makan laksam ni... rindunya!

n.a.j said...

sodappppnya...............lama betui tak makan nih..

Amir Rosdan said...

betul tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers