Monday, July 05, 2010

Kehilangan Tutu



Assalamualaikum..
2 minggu yang lalu [pagi Khamis] semasa dalam perjalanan kakliza menghantar anak ke sekolah [anak no3 [Mohd Azri] yang memandu kereta] kakliza terpandangkan seekor kucing mati ditengah jalan..
berdetak dihati.."jangan-jangan kucing kami..Tutu.." tetapi kakliza tidak luahkan perkataan tu apda anak-anak memandangkan mereka mahu ke sekolah dan kakliza tidak mahu mereka memikirkan tentang kucing yang mati itu..
kakliza masih menunggu kepulangan kucing kami saperti biasa tetapi tidak juga nampak dia pulang untuk makan saperti biasa..


masa berlalu dengan kesibukan kakliza menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak..akak pun tidak berkata apa mengenai kucing itu..

entah bagaimana kakliza tersebut pada anak dara akak [Nurul Azlina ] tentang kucing mati yang kakliza lihat di jalanan semalam..dia mendesak untuk menyiasat..
akhirnya dalam perjalanan ke Mesra Mall di Kemasik [lebih kurang 6 km dari rumah kakliza] kami berhentikan kereta dan berjalan kaki untuk melihat dari jarak dekat..
apa yang kami nampak ia adalah bukan saperti kucing kami..
rasa lega sikit..dalam hati masih mengharap kepulangan Tutu kerumah saperti biasa..tetapi dia tetap tidak muncul..

kakliza bercerita pada anak-anak dan kami pun mula mencari jejaknya..tapi hampa..
akhirnya bila nak masuk rumah kakliza ad amenyebut pada anak-anak..kita solat hajat..mana tahu mungkin dia balik nanti..

keesokkannya Azri cerita pada kakliza dia bermimpi yang kucing mati tu adalah Tutu..
tapi kakliza menidakkan dan beritahu mungkin sebab kita asik fikir mungkin kucing yang mati tu Tutu.. sehinggakan terbawa dalam mimpi...

selepas 2 hari pada petang [hampir waktu mahgrib] Azri dan suami kakliza balik dari bermain kapalterbang kontrol beritahu kakliza yang mati tu adalah Tutu..
mengalir terus air mata kakliza..dan terus berkata.."lepas ini siapa pun tidak dibenarkan membawa balik kucing untuk jadikan pet kat rumah ni'..

rupanya selama beberapa minggu cuti Universiti ni anak dara kakliza telah melekatkan tali bewarna biru bertujuan untuk mengikatnya bila dia memabawa Tutu ke pantai..
bila Azri dan suami kakliza berhenti untuk melihat kucing yang mati tu lebih jelas mereka nampak tali biru yang terikat dileher kucing itu..
maka sahlah kucing itu adalah Tutu yang kakliza tunggu tidak balik..
asben kakliza bawa balik dan tanam di tanah lapang depan rumah...

tamatlah kisah Tutu yang selalu meminta makanan dari kakliza walaupun dah sediakan makanan kucing..

kisah Tutu pernah kakliza tuliskan DI SINI....

kakliza merasa tersangat sedih..sebab kematiannya begitu tragik..
bila difikirkan walaupun ia hanya seekor binatang tapi bila kakliza telah bela dan ia menjadi sebahagian kasih sayang kami..
kakliza hairan mengapa kakliza seolah-oleh berasa yang mati tu adalah kucing kakliza sedangkan jarak tempat kejadian tu dan rumah kami agak jauh..cuma kakliza tidak mahu meneriam kenyataan awalnya..
itulah lintasan hati seorang ibu kot...

apapun kakliza redha..mungkin telah sampai ajalnya begitu...
ketika kakliza menulis ini juga air mata kakliza mengalir bagitu deras..[jangan gelakkan kakliza yerr...] abegfitu hiba hati kakliza mengenangkan dia..
teringat sungguh ragam kenangannya bermain dan manja dengan kakliza..mengacau kakliza depan pc ini..


6 comments:

sonata anak kancil said...

kesian dia....hari ni sy ade N3 sikucing jugak!

ietams said...
This comment has been removed by the author.
ietams said...

kesiannya..,
mesti rasa sedih kan kak..

hanieliza said...

memang tersangatlah sedih..
kakliza nangis sampai bengkak mata...

♥♥Watie♥♥ said...

sian nye...tak pe.. cari penggantinye... kalau anak2 tak de dier peneman... kan...

puterimmids said...

kak liza begenang air mata bila baca kisah tutu akak tue
saya fahami perasaan akak, tragik pemergiannya, namun berdoa semoga jumpa lagi tutu di syurga, saya mempunyai lebih 20 ekor kucing kat rumah, saya sayang sangat dengan kucing , saya berdoa akan bersama mereka di akhirat kelak tak satupun tinggal , rezeki saya sentiasa mudah kak, walaupun gaji saya sikit ada ja jalan untuk saya dapat duit beli makanan miaw-miaw saya. saya doakan akak tabah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers