Monday, July 05, 2010

Ayam beriani



AYAM BERIANI

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
4 sudu besar rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 1 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

2 comments:

DaYaH JeLitA said...

nyam nyam nyam..huhu..jom la singgah blog saya :) : BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

Cik Bunny said...

Promosi Kek Lapis Sarawak utk hari raya kini DIBUKA =) http://asiarosehouse.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers