Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Tuesday, July 27, 2010
Rempit
Assalamualaikum..
akak nak bikin hot stori for today ni...tapi harap rajin membaca la.sebab panjang sikit karangannya...
hari ini asben kakliza nak bertolak untuk meeting Rabu dan Khamis di Kuala lumpur..
dia balik waktu lunch dan bersiap-siap untuk bertolak..
satelah siap solat dan berkemas dia pun bertolak pergi..
selepas 10 minit dia pergi, kakliza ternampak baju kerjanya yang ada pas kerja dan thumb-drive tergantung di kerusi komputer dia..
apa lagi, kakliza pun capai henfon dan call dia tapi tiada respon..
memang kakliza tahu dia letak henfon tu dalam beg kerja bukan dalam poket baju atau seluar..
ah..sudah...apa nak buat ni..
kakliza pun capai kunci kereta dan rumah..sarung tudung sambil keep calling dia tapi still no respon..
kakliza pun pecut kereta semahunyalah untuk mengejar dia..
tak padan dengan umur proton saga yang 24 tahun tu tapi still menten....
sambil driving kakliza berdoa suapaya dia nampak kakliza called atau dia berhenti rehat dimana-mana memandangkan dia selalu jer cepat mengantuk bila driving sensorang...
dipertengahan jalan adik kakliza called, tapi kkliza cakap kakliza tak boleh sembang lama sbb dok driving nak kejar asben yang tertinggal barangkerja yang penting..
pastu kakliza tambah pecut..macam bawa kereta Formula One lagaknya..tapi cuak juga sebab kakliza mmg tak suka rempit ni..cakap jer suka rempit tapi walhalnya takut..acah jer..
sambil tu mata akak dok tenguk juga kalalu asben akak yang drive van patah balik atau lepak tepi jalan tapi tak kelihatan..
so akak called anak sulong [Mohd Azlan] minta dia keep calling ayah dan bagitahu kakliza sedang mengejar dia..
tapi still no respong..hangin sungguh akak tauuu...grrrr.....
akhirnya kakliza sampai ke bandar Kemaman di sempadan Terengganu Pahang..
setelh berbincang dengan Azlan..kakiza pun ambil keputusan untuk patah balik..
tapi bergantang jugalah kakliza bebel pada Azlan perihal ayahnya yang payah sungguh nak gunakan henfon.. [geram punya pasal..]
kakliza pun drive perlahan dan tenang semula..duduk dilane kiri saja..
semua kereta lori pun potong akak..
sampai dilampu isyarat simpang ke Sekolah Mat lagam Kamaman lampu merah..so akak pun stopped..
tiba-tiba akak terpandangkan van dan asben akak lalu...
fuh...apalagi akak susur kiri dan turn right semula dan kejar yop kejar van dia..
sampai dilampu isyarat simpang INTAN Kemaman akak nampak van dia dan berhenti dibelakang sebelah kiri dan bunyikan hon bertalu-talu...
at last dia nampak dan memberi signal kekiri..dan berhenti..
dia keluar van dan kakliza menunjukkan baju dia..
dia berjalan kearah akak dan kakliza pun memberikan segala barangan penting dia tetapi akak tak keluar..
bila kakliza tanya bagaimana dia boleh lambat sampai Kemaman..
dia beritahu setelah 10 minit driving dia mngantuk dan tidur kat Kemasik..[kakliza betul-betul tak nampak...kelamkabut kotttt..]
apalagi..akak pun order dia simpan talipon dalam poket so senang akaknak hubungi sekiranya ada kecemasan..
setelah selesai segalanya kami pun berpecah..dia meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan kakliza pun balik ke Kerteh..
dalam perjalanan balik mengantuklah pulak.. ah sudah....akak tetap teruskan perjalanan balik rumah dan here you are..sedang tulis kisah kelamkabut siang tadi..
tapi till now akak tak talipon dia lagi.
kejap lagi baru nak call dan tanya dah sampai atau belum...
agak-agak akak ni kejam tak...
hehehhehehheh...
Rumusannya yang kakliza dapati..sentiasalah berdoa suapaya Allah sentiasa mendengar permintaan kita..terutamanya dalam kesusahan..
dan jika ada kemudahan teknoloji terkini hendaklah digunakan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hahahahaha..tu diaa...nnt nak suh Ben letak citer kak liza kaki rempit laaa...sampai x nampak van asben duk stop rehat tepi jalan...hehee. Alhamdulillah akhirnya bertemu jugak kedua2 pasangan ni hahahaha..adeehhh gelak sakan gak Ummi baca...tu la kan..betapa pentingnya alat komunikasi di kala kecemasan camni..Kak Liza dh warning asben suh letak henfon dlm poket, Ummi nak warning kak Liza, jgn selalu2 kelam kabut tau...lenkali suh je asben pi beli baju baru bila sampai KL...hahaha...safety first kak Liza cayang oiiii..duit boleh cari..hahahaa..muaah, muaahhh..
Salam..
kakliza kejar dia bukan nak bagi baju..tapi bagi pas opis..kalau takder pasa..susah nak amsuk bangunan KLCC tu...dan thumb-drive tu ada kerja dia...kot ada nota meeting..jenuh juga dia...
Salam kak Liza,
Alhamdulillah kesemua dah selamat. Tuhan lebih arif perencanaanNYA.
wooo..ayat best..kak liza ORDER dia....
hihihihiihi.... ratu pecut .. caaayaaa laaaa akak! Demi suami terceeennntaaa :)
kemain lg akak merempit yer...heheheheh
kelakar arr baca citer kak liza...Alhamdulillah semua selesai kan
ha ha ha...suke baca citer kak liza nih...ada2 ajelah. Itulah kan, suami isteri ni kan untuk saling lengkap melangkapi... tapi kak, jangan sampai merempit lagi. Bahaya tu. Selamat Berpuasa.
Post a Comment