Friday, August 20, 2010

Seram Sejuk



dah lebih seminggu kita berpuasa..
suasana riang jer sebelum ni..
dengan aktibiti yang agak sibuk...


tapi tetiba lepas balik dari Pasar Tani jam 11 lebih tadi kakliza rasa macam seram sejuk semacam...
macam nak demam jerr...

nak rehat dulu...



nampaknya petang ni kakliza jamu buah-buahan dan kuetiauw goreng saja untuk berbuka..


KUETIAW GORENG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

3 comments:

dayang_jack said...

Selamat berehat dan selamat berbuka puasa yer kak Liza. Kuetiaw tu pun nampak menyelerakan...

kakchik@ella said...

Rehat ye kak. Dh sehat nnti buat byk2 entry resepi eh. Saya suka. Hehe ..

indahhouse said...

Salam kak liza,
Menu dalam tak sihat pun still nampak sedap... Rehat2 dulu, makan ubat ya kak... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers