Tuesday, August 31, 2010

Solok Lada





SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)




SOLOK LADA

Bahan

10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam

Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk isi ikan tadi dan gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg digaul dalam belahan cili tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.



5 comments:

ilahslilpinkkitchen said...

Hi Kak,

Tanye sikit, selain daripada ikan yg kakak mention, tuna yg dalam can boleh? and kalau kiter tak kukus kiter grilled or deep fried ... ok tak ... or rasa dia akan rosak kalau kiter use diff type of preparing it?

hanieliza said...

selain dari ikan tu mungkin boleh dicubakan tuna dalam air [tin]..
jika tiada kukusan boleh cuba masakkan lada yang telah dimasukkan isi ikan tu dalam 2 cawan santan sederhana pekat bersama hirisan bawang merah dan sedikit garam sehingga mendideh...

Lin's Gallery said...

Salam Kak Liza....Solok Lada Ni Sedap Makan Dengan Nasi Kerabu....Baru Semalam Makan Nasi Kerabu Tapi Beli Kat Bazar.....Bilalah Dapat Rasa Kak Liza Masak NI...

Berkat Gemilang said...

One of my favourite. Selamat Berbuka..

ilahslilpinkkitchen said...

ah ... ok ok best. Terima Kasih

=D
Slamat Berpuasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers