Saturday, August 21, 2010

Jejemput Tauhu




Jejemput Tauhu


Bahan

3 keping tauhu lembut

200 gram udang [buangkan kulit]

1 labu bawang besar [potong dadu]

2 tangkai cili merah [cincang]

2 pokok daun bawang [potong pendek]

2 cawan tepung gandum ]

1 cawan tepung naik sendiri ] ayak

2 cawan air

Garam secukupnya

2 cawan minyak

Sos cili


Cara

1. Tauhu dan udang dipotong kecil.

2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan sos cili dalam mangkuk adunan dan gaulkan rata.

3. Panaskan minyak dan sudukan adunan dalam kuali.

4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan. Hidangkan.

1 comment:

emi said...

salam k. liza... dah ok ker yang rasa seram sejuk semalam??? harapnya dh ok sebab jemput2 tauhu dah kuar nih... hehehe

salam kenal ye... jemput singgah rmh emi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers