Friday, August 13, 2010

Daun Ketumbar [Corriander Leaves] VS Daun Sup [Saderi]

ramai orang keliru mengenai daun ketumbar..
daun ketumbar ni seakan daun sup tetapi ia agak nipis dan kecil sedikit..
dari segi bau ia lebih kuat baunya dari daun sup.

Daun Ketumbar atau Corriander Leaves]


Nama Saintifik: Coriandrum sativum
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley


Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.



daun ketumbar dengan akarnya..


Daun Sup atau Daun Saderi

Nama Saintifik: Apium Graveolens
Nama Inggeris: Celery Leaves


Daun sup di Asia adalah lebih halus, berwarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun sup Barat yang lebih tebal dan berwarna hijau terang. Daun sup mempunyai rasa yang hampir sama dengan daun pasli, dan banyak digunakan sebagai bahan perasa berbanding dimakan mentah. Daun Sup megandungi kandungan protein yang banyak. Kadang-kala daun ini dipotong dan digunakan sebagai bahan perasa tetapi selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.


Tahukah Anda?

Daun sup berfungsi sebagai perangsang selera dan diuretik.

sumber dari : http://www.trymasak.my/view-glossary.php?GID=TM-a7270a447dd028745b62d92f2754511a

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Terdapat belbagai cara untuk menggunakan sederi sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun sederi yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, sederi juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.
Kandungan garam galian dalam sederi memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.


daun sup atau daun saderi

5 comments:

indahhouse said...

Salam Ramadhan buat chef hanieliza,
Moga kak liza dan family, dilimpahkan rezeki dan keberkatan di bulan mulia ini.

hanieliza said...

>> Indahhouse..
Salam Ramadhan juga buat Indah dan keluarga..
semoga kita dilimpahi kesihatan yang baik untuk membuat ibadah dalam bulan yang penuh barakah ini..Amin...

Sally said...

Salam Kak Liza,
daun ketumbar tu daunnya kecik2 kan kak dan biasa jer org tabur dlm tom yam kan, baunya mmg semacam sikit kan. daun saderi lebih besar kan!..sorry tnya akak terkonpius sikit ni!..ehhe

hanieliza said...

>> Sally..
betul tuuu...
akak baru jer siap masak Masak Lemak asam Pedas Ayam..campur daun ketumbar tu..

kak ina kl said...

salam kak liza..maaflah yer..saya tadi sibuk ambil anak kat asrama. Anak ada bagitau kak liza call.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers