Thursday, August 26, 2010

Donut




DONUT

Bahan A

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Nota:
semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...

boleh juga dihiaskan begini...

4 comments:

dayang_jack said...

salam...

sedapnya donut ni kak...lm dah tak bermain dgn tepung ni...hehe

SYaMiLa said...

sedapnya...nk wat jugak la...

mamaAliff @ salmi said...

bukak page k liza nih mmg nk cari resepi buat donut, sbb my little hero love donut so much! skali bukak je mmg terus papar resepi donut tak payah cari2 lg..sgt la sronok..tq kak 4 sharing...wiken ni nk try buat la..sok cari barang..

Anonymous said...

salam kak, maaf tanya...brape byk anggaran donut yg kita boleh dpt dari 1 adunan donut? tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers