Wednesday, May 22, 2013

Bihun Goreng SUFI

Beberapa minggu lalu kakliza diberikan bihun produk SUFI untuk dicuba masak..
olrh kerana tugasan yang amat banyak kakliza selalu lupa nak masak bihun ini..tapi pagi tadi oleh sbb nak makanan sarapan yang mengenangkan..kakliza pun buat ini.. 

Terimakasih pada bihun SUFI yang sedap..tidak hancur dan benyai bila menggorengnya..rendam pun sekadar ambil amsa kakliza potong sayur saja..
wahhhh..senang banget donggg...Percayalaaa...



Bahan-Bahan: 
1 paket bihun SUFI [400 gram]
200 gm daging [hiris nipis] 
200 gm sawi [dipotong pendek] 
200 gm kobis [diracik] 
1 batang lobak merah [dipotong halus saperti batang mancis] 
3 sudu besar minyak masak
1 cawan air 
garam secukup rasa

bahan mesin/tumbuk 
5 biji ciliapi 
5 biji cili merah 
2 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi. 
2. Masukan daging, garam dan air kacau rata. 
3. Masukkan kobis, lobak merahdan bihun. Kacau rata sehingga sebati. 
4. Bila nampak bihun lembut masukkan sawi. 
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam. 
6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.



2 comments:

Sally said...

Salam..ni product baru ke kak? mana nak dapat ni..pasaraya biasa ada ker?

Dapur Ainur said...

Aslmkm kak... Akk xda button share ke fb ye.. klu x leh share resepi ke fb... =) nice... tgk resepi akk ni, trus nak masak bihun.. buh udang ngn sotong.. sos seme pakai sufi brand.. =) - Aisha (unit edaran shah alam, selangor). Tuan/Puan/Cik/Encik boleh tgk di https://www.facebook.com/SufiMartSelangorKL utk no. unit edaran Terengganu. Tq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers