Thursday, May 23, 2013

Kerabu Perut

Salam..
sekarang kakliza sedang menyusunkan 100 resipi yang emnggunakan pemanggang ajaib..
so memang banyak resipi yang kena try n error didapur rumah yang harus menggunakan alat itu.. 
antara yang kakliza buat baru-baru ini..



KERABU PERUT

Bahan 
500 gram perut 
2 cawan air
1 batang serai [diketuk]
1 inci halia
1 keping asam gelugor
5 biji jus limau kasturi
1 sudu kecil gula
garam  secukup rasa

Bahan Hiris 
2 biji mangga separa masak
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Membuat
1. Perut dibasuhkan dan hiris kecil.
2. Masukkan perut, air, serai, halia dan garam ke dalam pemanggang ajaib dan rebuskan selama 15 minit dengan api yang kecil.
3. Tuskan.
4. Masukkan perut dan semua bahan hiris ke dalam mangkuk besar.
5. Gaul rata semua bahan. Rasakan masam dan masinnya.
6. Hidangkan ngan nasi putih. 

7 comments:

Norzila Zakaria said...

eheem ehem kak liza sayang.assalamualaikum..sedap nampak..terbayang di mata zila kak..

Anonymous said...

Assalam k.liza...npk sedappp sgt2... :) zila66

Isfayati Ismail said...

Sedapnya nampak resepi akak nie.....insyaallah nak cuba nnt.....

Isfayati Ismail said...

Sedapnya nampak resepi akak nie.....insyaallah nak cuba nnt.....

Anonymous said...

It's an awesome post for all the web viewers; they will obtain advantage from it I am sure.

Here is my weblog ... Michael Kors

zaza alis said...

perut ni biasa zaza wat air asam je,tp ni dah dpt resepi baru dr Liza,,best sgt..Tq

EffaCollections said...

Kak Liza..bila nak.demo masak.di.paka residence? Ada kelas.memasak.di area paka? Nak.join

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers