Friday, February 20, 2009

Artnova Multipurpose Pot


last week kakliza tergooda ngan periuk serbaguna..
gunakan minyak sikit saja tau..

masak pun atas dapur gas saja..gunakan api kecil..

periuk ni boleh digunakan untuk...kkliza dah tested sendiri at home..
~ membakar kek/muffin/bingka/pizza/roti pita..ayam dan ikan [kakliza dah tested..welldone..]
~ mengukus kueh/muffin [tested..OK]
~ menggeril ..ayam [tested]
~ menggoreng..ikan/sayuran/telur [tested]
~ memasak nasi [tested - masak nasi tomato..nasi ayam dan nasi goreng]
~ buat penkek..roti jala..goreng roti canai..roti capati.. [mmg sonang giler]


artnova pot
periuk serbaguna artnova

artnova02
sedang memasak ayam masak merah - tanpa tumis [boleh masuk ayam 3 ekor]


IMG_8490
sedang masak nasi tomato - gunakan hanya 1 sudu besar minyak sapi [boleh masak 2 kgs beras]


harga seunit adalah RM1179
ada aksesories lain..nanti kakliza upload kejap lagi..

mohon maaf..kakliza tidak menjual lagi periuk ini...

7 comments:

Anonymous said...

Saya pon baru jer order sbb tergoda dgn demo (umah br..jd berbaloi beli). Nnt boleh minta tunjuk ajar kak liza utk cara2 mengunanya kalau kurang paham...

qila said...

mak saya baru beli...
tp periuknya tak berkualiti..
menggelembung sekeliling periuk...
berbanding dgn harganya yg mahal..
sampai sekarang dah dekat sebulan tak diganti...
rkn2 mak yg lain turut mengalami nasib yg sama..
abah sye plak asyik membebel..
seolah2 dah kena tipu..
mak dah berasap telinga....
ptt di laporkan pd kementerian perdagangan dlm negeri dan hal ehwal pengguna...

Anonymous said...

saya pun dah terbeli slps org yg bagi demo periuk tu siap ckp klo pakai periuk lain n cara masak x betul blh menyebabkn mcm2 pnyakit n yg lbh teruk kanser..mmg takutla dgr org tu bg ceramah...alih2 terpukau beli gak la periuk tu..dgn harga RM1369 + buku2 panduan kesihatan yg dibagi tau bernilai hampir RM 300 n periuk tu kalo di jual pada tahun 2012 akan menjdi mahal dr harga tersebut dan dipromosi hampir banyak sekolah di bintulu. dah la tu..demo periuk tu wat mase pnp..guru besar sama2 wajibkan cikgu suruh dgr demo tu.nape harga berbeza yer?? kdng2 terpkir berbaloi ke beli periuk mahal2 cam ni..nk pulang kan balik cam segan..

Anonymous said...

<(Roshaliza).>

Aisyahumairah said...

Salam Chef Liza,skang ni ada periuk SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE, nnt chef Liza leh bg skit pendapat ttg periuk ni..
leh tgk di website www.blogger.com/comment.g?blogID=18793036&postID=5598489433922233604

Mereka yang gemar memasak dan makan makanan yang lazat sentiasa mencari cara yang memudahkan kaedah memasak tanpa korbankan kualitinya. Kini, dengan COOKLINE SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE, anda dapat memasak dengan seronok, senang dan selesa kerana ia memudahkan tugas memasak. Selain menyediakan serangkaian ciri-ciri hebat, kelengkapan memasak berkualiti tinggi ini diperbuat daripada bahan tidak toksik, tidak berkarat 4-lapisan yang tidak menjanakan PTFE dan PFOA atau logam berat, lantas menjadikannya pilihan kelengkapan memasak yang lebih menyihatkan. Rekaan bawah ‘Fire Wall’ disediakan pada kelengkapan memasak COOKLINE ini untuk pengkonduksian haba yang hebat, lantas menjimatkan tenaga dan gas. Tombol pada periuk sos dan pemegang pada kuali leper diperbuat daripada Bakelite yang tahan haba. Memasak menggunakan kelengkapan memasak COOKLINE menggalakkan kesihatan untuk anda dah seluruh keluarga kerana ia memerlukan penggunaan minyak yang sedikit sahaja untuk memasak. Apatah lagi, tugas mencuci selepas memasak sungguh menyenangkan dengan adanya lapisan tidak melekat. COOKLINE SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE yang terdiri daripada 3 unit periuk berbeza saiz dan 1 unit kuali, boleh dibeli berasingan atau satu set lengkap..

Anonymous said...

Sy pun dh beli. Menggelembung lps tu dpt ganti tp menggelembung juga pastu dh tak dpt ganti mslhnya br guna sekali terus menggelembung.

Ilham Hazwani said...

nak bakar kek or biskut ok ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers