Tuesday, August 31, 2010

Solok Lada





SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.

Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)




SOLOK LADA

Bahan

10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam

Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk isi ikan tadi dan gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg digaul dalam belahan cili tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.



Cuti yang panjang

lama kakliza tak updates blog..
cuti panjang..malas pun panjang jugak....
sampaikan rambut...rumput.. pun semuanya panjang belaka....

lagipun kakliza leka dengan anak dara [Nurul Azlina] yang balik berpuasa 4 hari kat rumah sempena cuti Nuzul Quran dan hujung minggu...

Ahad lepas masa dok tengah packing dengan anak dara yang nak balik ke S.Alam tu ada orang potong rumput datang rumah..nak tolong potong rumput..
tapi dah tentulah kena bayar kannn....mahal jugaklah kannn...[kes nak jimat wooo..]
kakliza pun cakaplah nanti anak cuti sekolah akan potong...

tapi semalam [Isnin] selepas anak p sekolah dan asben p kerja datanglah pulak rahjin nak potong rumput..
kakliza pun ambil gunting dan kerusi kecil dan mulakan gerakan memotong rumput..
alhamdulillah dalam masa 2..3 jam selesai segala rumput yang panjang separuh pinggang tu...


dah selamat ..siap kerja..

untunglah orang yang janji nak potong rumput tu..

sebelah petangnya kakliza dapat berita yang anak dara akak akan balik cuti awal untuk raya ni pada Jumaat ni..
manakala pagi Jumaat tu anak bujang kakliza [Mohd Azri] akan sampai dari Butterwortrh juga...
cuma anak sulong [Mohd Azlan] jer tak dapat balik kerana kerja dan isterinya [Nur Ashitah] pula terlibat dengan kelasnya..
kakliza berasa gembira sungguh kerana dah lama tak makan beramai-ramai dan berebut ..silang tangan dimeja makan...

for sure mood masak berkobar-kobar ni memandangkan mereka dah ada wishlist yang panjang selama seminggu sebelum berangkat balik raya di Kedah minggu depan tu...

Saturday, August 28, 2010

Punch Tembikai



harini cuaca di Kerteh agak panas kuat sedikit.. letih jer..
kebetulan malam tadi balik dari terawih kakliza lepak [baring] tenguk TV..tenguk TV3..megamovie kot..

sambil tu layan makan kek yang anak dara kakliza beli di kedai Resepi Rahsia di Mesra Mall Kerteh tu ha...

pastu sambung baring lagi.. sedar-sedar jam dah 12.30 tghmalam..

mata layu lagi..
pastu sambung lagi ZzzzzZzz.. sedar lagi jam 1.30..
TV masih terbuka..PC masih belum shut down tapi orang-orang dah hilang masuk bilik masing-masing...termasuklah asben kakliza..

kkaliza duduk kejap..konon nak shut-down PC..tapi baca lagi..dan lagi..
sambil tenguk Tv..
pastu tenguk solat terawih dari Mekah di Tv1..
at last jam 2 lebih baru shut down PC..tutup TV..tutup lampu tapi mata takleh tutup lagi..


dalam dok khayal tu sedar-sedar jam bunyi ..jam 4.30 pagi..
apalagi takut tidak terjaga untuk sahur..kakliza bangun dan siapkan makanan..
tapi pastu takleh tidur lagi sebab nak solat suboh pulak..
lepas subuh barulah lali..pening kepala dan segala macam rasa..
kakliza hanya baring disofa..sekali sekala tenguk PC dan Tv..dan yang banyaknya tidur lagi..sampai jam 11 pagi lebih...
aduh rasa macam berpusing jer bila bangun..

dah mandi dan solat zohor..terpaksa pasang ekon sebab agak panas cuaca kat luar..
barulah sedap badan sikit....
so bolehlah merapu meraban kat blog....




PUNCH TEMBIKAI

Bahan

buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Hidangkan.


Thursday, August 26, 2010

Donut




DONUT

Bahan A

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener

Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.

Nota:
semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...

boleh juga dihiaskan begini...

Wednesday, August 25, 2010

Cendol






CENDOL

Bahan:

3 cawan jus pandan + pewarna hijau
[gunakan 10 - 15 helai daun pandan]
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan dalam kuali /non-stik wok sehingga naik wap dan kental. [Sentiasa kacau supaya tidak hangus]
3. Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4. Tekan atas acuan berlubang.
[Kak liza gunakan senduk berlubang dan tekan dengan senduk biasa]
5. Sediakan air gula merah dan santan untuk makan cendol.
[Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol]



SyurgaMu Ramadan TV3

sejak berpuasa kakliza telah layan rancangan TV3 setiap Selasa - Khamis jam 10.30 malam ranangan drama samarinda bertajuk SyurgaMu Ramadan
sadis sangat citernyaa.......
kakliza geram dengan hati keras seorang ibu yang sehingga membawa perpisahan anak dan ibu ..dua beradik dan akhirnya sehingga kematiannya..
jom tenguk apa kisahnya...


SINOPSIS SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham.

Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..


semalam kakliza menangismelelh-leh air mata sehingga terasa bengkak mata kerana drama ini...
bagi yang tak dapt tenguk rancangan drama ni boleh saja layari website TV3

Dokong [sepupu langsat]

petang tadi kakliza pergi membeli buah-buah kat pasar malam Kerteh..
YaAllah...murah giler buah dokong ni hanya RM1.00 untuk 1 kilogram...
sampaikan ada orang tanya 2..3 kali pada penjual..
walhal dah tulis terang hanya RM1.00 sekilo....begitu juga dengan buah duku atau rambutan..

mmm..syedappnyaaa.... untung duduk dikampung...takder dusun tapi kenyang makan buah-buahan
[gambar tenet]


kkliza beli 3 kilogram..
balik terawih kakliza dan suami makan..
anak-anak makan juga tapi taklah sehebat akak dan suami..
dah tinggal separuh jer...
nampaknya Pasar Tani Jumaat ni kena borong lagi la..

buahnya sedap..pejal..manis dan juicy sangat...
rupanya saperti buah langsat tapi bukan langsat la...
kiranya adik beradik sepupu sepappat buah langsat la...
kalau orang tak perasan memang ingatkan buah langsat..

jom kita tenguk fakta mengenai buah ini..

buah dokong [gambar tenet]

KETERANGAN AM

Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr.
Keluarga : Meliaceae

Asal :
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Kegunaan :
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Pokok :
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan


Daun :
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7–9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga :
Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1-8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 – 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 – 50 kuntum berukuran 0.5 – 0.7 cm panjang dan juga 0.5 – 0.7 cm lebar.

Buah :
Buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 – 4.7 cm lebar dan 3.5 – 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 – 22 % brix.

Biji :
Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak

Musim :
Pokok dokong mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Pokok dokong memerlukan musim kering yang nyata ( 3-4 minggu ) untuk pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan buah.

sumber : http://jpn.penang.gov.my

pokok buah dokong [macam pokok langsat juga berbuah di batabg pokok..
[gambar tenet]

Tuesday, August 24, 2010

Acar Ikan Masin


ACAR IKAN MASIN

Bahan
300 gm isi ikan masin [talang/kurau/merah]
200 gm gula
2 inci halia [mayang halus]
100 gm kismis
100 gm lobak asin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 biji bawang merah [biarkan sebiji-sebiji]
1/2 cawan cuka tiruan
1 cawan minyak untuk tumis
1 sudu besar bijan goreng untuk tabur/hiasan
garam secukupnya


Bahan Mesin

25 tangkai cili kering

5 sm halia

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih


Cara
1. Ikan masin dipotongkan kecil dan gorengkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin, jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi dan naik minyak. Kacau rata.
3. Bila naik minyak masukkan cuka dan gula.
4. Bila mendideh masukkan kismis, lobak asin dan biarkan mendideh lagi.
5. Masukkan bawang merah dan ikan masin yangg digoreng tadi.
6. Bila naik minyak boleh tutup api.

7. Taburkan bijan goring dan hidangkan.

Sunday, August 22, 2010

Ayam Sos Oren


AYAM SOS OREN/LEMON

Bahan A
400 gm isi dada ayam
2 sudu kecil Serbuk Pati Ayam
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur, dipukul sedikit
1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)
minyak untuk goreng
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Bahan B
1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
1 sudu kecil Serbuk Pati Ayam MAGGI
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak bijan (jika suka)
2 sudu kecil tepung jagung ]
2 sudu besar air ] bancuh
1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
2 biji tomato [belah 6]


Cara
1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
Perapkann ayam dengan pati ayam dan lada hitam selama 10 minit.

2. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
Gorengkan ayam hingga kekuningan dan toskan.

3. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudubesar dalam kuali.

4. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan B dan masak hingga mendidih.

5. Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.

6. Potong ayam dan senduk sos ke atasnya. Hias dengan hirisan oren, tomato dan cili.

Ikan Masak Padang


IKAN MASAK PADANG

Bahan


4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]

4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam

Bahan Mesin

5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkab reneh sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.

Saturday, August 21, 2010

Coretan Perantau



Kakliza dah lama mengikuti blog ini..Coretan Perantau ll Kisah Anak Melayu di Bumi London

cuma kakliza terlupa bagaimana boleh terjumpa blog ini..

kakliza seronok membaca blog ini kerana beliau rajin menulis mengenai kehidupan pelajar-pelajar di London dan UK..
selain dari itu kakliza suka membaca kisah pengalamannya belajar dan mengenai keluarganya.
semoga beliau tabah dan berjaya sehingga ke peringkat yang paling tinggi dalam mencapai pelajaran dinegara orang...

Jejemput Tauhu




Jejemput Tauhu


Bahan

3 keping tauhu lembut

200 gram udang [buangkan kulit]

1 labu bawang besar [potong dadu]

2 tangkai cili merah [cincang]

2 pokok daun bawang [potong pendek]

2 cawan tepung gandum ]

1 cawan tepung naik sendiri ] ayak

2 cawan air

Garam secukupnya

2 cawan minyak

Sos cili


Cara

1. Tauhu dan udang dipotong kecil.

2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan sos cili dalam mangkuk adunan dan gaulkan rata.

3. Panaskan minyak dan sudukan adunan dalam kuali.

4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan. Hidangkan.

Friday, August 20, 2010

Seram Sejuk



dah lebih seminggu kita berpuasa..
suasana riang jer sebelum ni..
dengan aktibiti yang agak sibuk...


tapi tetiba lepas balik dari Pasar Tani jam 11 lebih tadi kakliza rasa macam seram sejuk semacam...
macam nak demam jerr...

nak rehat dulu...



nampaknya petang ni kakliza jamu buah-buahan dan kuetiauw goreng saja untuk berbuka..


KUETIAW GORENG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

Kari Daging Mertuaku





inilah kari wajib Mertua kakliza setiap kali raya..
samada raya posa atau raya haji..
kkliza hanya siapkan bahan mentah tapi ditumis dan masak oleh mak mertua..
kiranya kkliza amik part senang la kannnn...


KARI DAGING MERTUAKU

Bahan

1 kg daging [potong kecil]
5 s/b rempah kari daging
2 s/b kerisek
1 biji kelapa [4 cawan santan]
5 biji kentang [belah 6]
1 cawan air
3 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak
garam

Bahan Tumbuk Kasar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Daging dibasuh dan toskan.
2. Perapkan daging dengan rempah kari, kerisek dan sedikit garam.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga wangi dan agak garing.
4. Masukkan daging, daun kari dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan naik minyak.
5. Masukkan santan, kentang dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga naik minyak dan pekat.
7. Hidangkan dengan ketupat atau nasi.


Thursday, August 19, 2010

Bunga Kantan




Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.

Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.

tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.

Nama Saintifik: Phaeomoria speciosa
Nama Inggeris: Ginger bud


Bunga kantan adalah dari keluarga halia, dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah bewarna merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki, perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal yang seakan-akan sekuntum bunga.

Bunga kantan mempunyai rasa segar dan pedas. Ia mempunyai rupa yang menarik hingga menimbulkan rasa sayang untuk dimakan, tetapi rasanya yang unik menjadikan ia bahan perasa yang penting dalam sesetengah masakan. Warna merah jambunya kekal walaupun dimasak. Ia menambahkan warna yang menarik ke dalam masakan.

Sesetengah laksa menggunakan bunga kantan ini yang dicincang halus dalam resipinya manakala ada yang menggunakan daun laksa. Walau bagaimanapun, ia merupakan bahan penting di dalam masakan Laksa Penang yang mempunyai ikan dan rasa masam.

sumber dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_kantan dan juga http://www.trymasak.my


Sup Cendawan

SUP CENDAWAN


Bahan

300 gm cendaran tiram [koyakkan]

100 gm lobak merah [potong kecil]

100 gm udang [buangkan kulit]

2 cawan air

1 pokok daun sup ]

1 pokok daun bawang ] potong pendek

2 sudu minyak

garam secukupnya


Bahan Hiris

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih


Cara

1. Basuh sayuran dan toskan

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris dan udang sehingga wangi.

3. Masukkan air dan garam. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan cendawan dan lobak merah. Biarkan sehingga mendidih lagi.

5. Tutup api dan masukkan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.







Wednesday, August 18, 2010

Luka dijari nampak berdarah....



betul kata perumpamaan..
Luka dijari nampak berdarah..luka dihati siapa tahu...

cewah...
bukan kakliza luka dihati ..
tetapi jari kakliza yang terluka akibat kecuaian semasa memasak..
konon-konon nak cepat bebenar..
apalagi ..semasa menggunakan gunting untuk menggunting daun sup...
kakliza gunting sekali jari..terkena sipi-sipi dihujung jari telunjuk..



tapi darahnya aduhai..meleleh bukan main banyak sampaikan terpaksa...

taklah sampai panggil .

cuma terpaksa dengan tisu tebal tu....






so moral of the story..
berhati-hatilah menggunakan peralatan tajam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers