Thursday, January 24, 2008

Tat Telur


Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukkan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak

2 comments:

lambangsari said...

Assalamualaikum, Kak Liza.. nak tanya kenapa utk resipi Tat Telur ni akak guna shortening, tapi utk resipi Tat Keju Blueberry akak guna marjerin? Ada perbezaankah sekiranya shortening digantikan dgn marjerin? TQ

lambangsari said...

Maaf, silap baca.. Kenapa kita x gunakan butter utk resipi ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers