Thursday, January 24, 2008

Apam Mekar



Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

5 comments:

rabak said...

kalau susu segar tu ganti dgn susu cair blh ke?

rinn said...

salam ..kak tumpang tanya ,,kenapa apam saya tak mau mekarr..tension buat dah banyak kali..masih tak mekar

rostina76 said...

salam k.liza....saya cilok resepi akak & yeay!!! berjaya memekarkannya. tq for the resepi kak.btw kalau akak nak tgk hasil apam mekar ros tu sila la ye ke blog kita.

Anonymous said...

salam.kak minta izin amik resepi ye..tksh..

Anonymous said...

Alhamdulillah thanks fo e recipe. Menjadi lah :) just nak share, susu segar tu saya ganti dgn susu cair kuantiti yg sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers