Thursday, January 24, 2008

Nasi Ayam


Bahan
1 ekor ayam [potong 2 atau 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
1 cawan rebusan ayam
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya. Didihkan sekejap.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

1 comment:

Unknown said...

Assalam kak liza..boleh ke pakai beras basmathi nk wat nssi aym ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers