Wednesday, January 23, 2008

Home Made Jeruk


kedondong

emmm..sedap kalau buat jeruk...
saja nak kasi terliur....
jangan marah kakliza kalau ayor liur meleleh.......





JERUK MANIS
[semua bahan ni kena agak-agak jer masin dan manisnya... ]

Bahan
Mangga/buah Sentul/Kedondong/cermai
garam
gula
air

Cara
1. Buah dipotong kecil.
2. Rendamkan dalam air garam sehingga tenggelam selama 1 malam.
3. Toskan sehinga kering.
4. Masakkan air dan gula [saperti sirap] secukup manis dan sejukkan.
5. Masukkan buah yg telah ditoskan.
6. Biarkan 1 malam dan boleh dimakan.




JERUK PEDAS
[semua bahan juga kena agak-agak jer.. ]

Bahan
Mangga/kedongdong/buah sentul
garam
gula air
cili mesin

Cara
1. Buah dipotong dan rendam sama saperti jeruk manis.
2. Masakkan gula, air dan cili secukupnya sampai mendideh. Sejukkan
3. Masukkan buah yg ditoskan dn biarkan1 malam.

2 comments:

MyPeriukBelanga said...

salam kenal k.liza,
eden ni memang lamo dah ngikut jojak k.liza dr taon lewat 90an laeii tapi eden tak bole nak diam bilo tonampak jeruk buatan tangan k.liza ni...alaa omak mano lah den nak cari jeruk gayo ni kek tompat eden ni haaa...uwaaa :( ...ayo lio dah sebesen den tadah, zalim tul k.liza, sekso batin den tak dapek nak nulun...

hanieliza/kak liza said...

myperiukbelanga..
alalaaaa..mahap lerrr..
tak dapek den nak nolongnyerrr...but terimakasih banyak2 kerana jadi silent reader..
apo kato..g cari buah epal mengkal cicah ngan kicap + ciliapi..ilang gak rindu jeruk tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers