Thursday, January 31, 2008

Lempeng Nyiur Muda


Bahan
1 cawan kelapa muda
1 cawan air kelapa muda [jika ada]
2 cawan tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 biji telur [pukulkan]
1/2 s/k garam
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air suam
1 s/b gula

majerin untuk lenserkan non-stik pan

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan. Buatkan agak cair. Sekiranya pekat sangat, boleh tambahkan sikit air.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan sedikit majerin.
3. Letakkan 1 senduk adunan dan tutupkan pan dengan tudung [buatkan bentuk kecil..nampak comel]
4. Masakkan dgn gunakan api paling minumum.
5. Terbalikkan pancake dan bila nampak telah kuning keemasan boleh diangkat.
6. Hidangkan dengan gulai ayam/daging atau madu/jem/susu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers