Thursday, January 17, 2008

Sambal Goreng Bilis & Terung Pipit


pokok terung pipit di depan umah kak liza


buah terung pipit


bunga terung pipit



TERUNG PIPIT

~ Merupakan tumbuhan liar di Malaysia.
~ Biasanya boleh dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.
~ Mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi,
~ Banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI.
~ Juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga.
~ Boleh juga digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
~ Juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia.
~ Nama botaninya Solanum tarvum.



SAMBAL GORENG BILIS & TERUNG PIPIT

Bahan

300 gm ikan bilis [goreng garing]
100 gm terung pipit [goreng]
1 s/b cuka
garam
gula
minyak

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan cuka dan sedikit gula dan garam. Kacau rata.
3. Bila nampak naik minyak dan garing masukkan ikan bilis dan terung pipit.
4. Siap untuk hidangan.

3 comments:

mak farhah said...

abah sy suka benor terong pipit ni...pahit2 gitu,t p buat smbal memang sedap kann

AMo said...

Lama sungguh tak makan terung pipit sambal. dulu baru kawin penah buat 1x, tapi org dlm rumah x pandai makan... terbantut sampai sekarang x buat... dah tak ingat dah camana rasa dia...

hanieliza said...

mak farhah..
mmg org tua-tua suka masakan ni...

amo..
nampaknya kena cuba buat lagi la..pastu masak sayur lemak kobis dan gorengkan ikan garing2..perrhhh...mmg sedap maaaaa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers