Saturday, October 09, 2010

Mee Goreng



MEE GORENG

Bahan-Bahan:

500 gm mi kuning
200 gm sotong
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm kobis (dipotong)
250 gm sawi (dipotong)
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 kiub ayam
2 sudu besar minyak
garam [jika perlu]

Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

cara
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk & cili mesin hingga garing.
2. Masukkan isi ayam dan sotong. Masukkan air stok dan kacau rata.
3. Bila mendideh masukkan mee, sos tiram, kicap pekat, sawi & kobis.
4. Bila nampak dah mendideh lagi kacau rata dan tutup api. [Jangan biarkan lama2 nanti mee kembang..tak sedap.]
5. Hidangkan.

4 comments:

nurfardzianafadil said...

sedapnya mee..mee basah lak tue..sy tak suka mee kalu dia kering sgt...yummyy..mlm2 nie terliur dibuatnya...

ieza7987 said...

sedap2... tq kak lieza

Pinat said...

Sedapnya nampak, itu belum makan lagi. Guarantee sedap ni..terima kasih k.liza kerana sudi kongsi resepi, semoga ilmu yang dikongsi bersama ini akan menambahkan rezeki k.liza sekeluarga. amin..

Anonymous said...

Many celebrities happen to be fascinated with all the retro looks of these boots, for
example, Oprah, Paris Hilton, Pamela Anderson and Kate Hudson etc.
And recollection, they may eventually be willful Worn tedium without situation, so the graduate can do their job.
In addition, when you seem on the labels for that manufacturing site,
you need to bear in mind the labels which exhibit "Manufactured in China" are authentic, and many
others are counterfeits.

Check out my web blog: コーチ 人気

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers