Monday, January 19, 2009

Tahu Sumbat

TahuSumbat

Bahan
4 keping tahu putih
timun
carrot
minyak

Cara
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.

2 comments:

Mummy jam said...

Letak taugeh pun sedap ni!

shima said...

salam kak liza..
sedapnyerr nampak tahu sumbat tuh!! bertahun rasanyer x mkn sbb kat sini rega tahu mahal sgt...kategori makanan mewah nih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers