Friday, January 30, 2009

Sardine Rolls


masa kakliza ikut asben main kapal terbang dulu ada seorang isteri pemain telah membawa sardine roll [roti gulung berintikan sardin tin tu...]
nampaknya anak2 kakliza makan begitu berselera sampaikan makan nasi lemak yg kakliza buat bekal tu sikit jer...
kakliza biasa buat tapi dek sebab lama tak buat so depa pun sedap jer la makan...sabo jerla mak dia....


Sardine-Roll

Bahan
Roti sandwich biasa
3 biji telur
sedikit garam
bread crumb
minyak untuk mengoreng

Bahan Inti
1 tin kecil sardin
2 biji limak kasturi [ambil jus ]
1 biji cili merah cincang
1 labu kecil bawang besar cincang

Cara
1. Masukkan bahan nti dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu.
2. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit telur yg dipukul.
3. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam.
4. Golekkan gulungan roti diatas bread-crumb.
5. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan dlam tapisan supaya minyak menitis.
7. Hidangkan dengan cili sos.

1 comment:

Mak Mertua Kau! said...

terima kasih..izinkan saya berkongsi resepi ngan kawan2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers