salam semua..
kali ini kakliza akan ceritakan kisah kakliza berada di Sg Petani semasa cuti sekolah Dis 2008 lalu..
kami disini kerana asben kakliza ada tugasan di Cinta Sayang Resort ..
tapi kami anak beranak kira macam bercuti la...
sepanjang selama 5 hari disana boleh dikatakan setiap hari kakliza akan bertandang ke Gerai Nasi Lemak Cinta Sayang...
gerai ni terletak diluar resort yg kakliza diami dan banyak pilihan makanan sarapan pagi dan juga lunch..sampaikan rambang mata nak buat pilihan..
semasa disini kkliza telah dikunjungi oleh adik2 siber di kawasan Sg Petani dan juga Penang..
meraka adalah Mamazieza, Rinnchan, Ana dan juga Maisya yg ditemani oleh anak dara kenit genitnya..
tapi sayang kakliza terlupa nak amik gambar sidara genit tu...
masing2 penuh tangan membawa makan..
antaranya coklat cupcake, nasi lemak bungkus daun pisang, kueh pulut udang [pulut panggang], apple crumbles, bahulu lapis, sandwich telur, rojak buah..
kakliza hanya sediakan Salad Kentang & Sayur kerana terkedu tenguk perkataan NO COOKING ALLOWED in the room...
tapi kakliza belasah juga masak gunakan rice-cooker..
biasalah kalau tak masak..macam nak meroyan jer...haahahaha...
kami juga berkesempatan belajar buat TAKOYAKI yg di demokan oleh Mamazieza..
riuh rendah para ibu yg ramah tamah ni memasak dalam bilik yg comel ni..
kakliza asik tersasul sebut dorayaki la...dan macam2 lagi..[sampai dah lupa plak laa apa yg kkliza dok sebut2..]
resepinya boleh tenguk di TAKOYAKI dalam fotopages Mamazieza..
kakliza ucapkan berbanyak2 terimakasih pada u ols semua kerana sudi meriuhkan bilik kakliza..
semoga kita akan berjumpa lagi dimasa akan datang..InsyaAllah....
keesokannya [Selasa] Zai Kulim pula datang bertamu diiringi dengan kakak dan 2 anaknya..
kakliza hanya sempat menyediakan bihun sup sayur segera sahaja..
leka bersembang sehinggakan lupa nak amik gambar..
apapun kakliza ucapkan terimakasih pada Zai kerana sudi bertandang menjenguk kkliza dan memberikan hadiah..
kakliza sempat juga masa steambot, nasi lemak dan bubur nasi tapi terlupa nak amik gambo semua...
3 comments:
Salam Kak Liza..
dah lama tak masuk fp kak liza, kenkadang tu bila nak quick reference, jengok jugak tapi straight to the menu.. dah pindah rumah.. yelah, boleh banyak cerita sikit.. happy blogging..
Salam Kak Liza, tahniah dah buat blog.. jarang jugak melawat fp kak liza except for quick reference.. itupun direct ke menu.. selamat berpindah rumah!
salam k liza..seronok tgk k liza jalan2. tgk nasik lemak tu mmg menggoda sungguh. kemput lawat blog siti yg masih baru yer. http://teratakibu.blogspot.com
Post a Comment