Thursday, January 22, 2009

Muffin Kopi Coklat Cip


kakliza suka buat muffin sebb nampak comel jer...
tapi kkliza jemu ngan muffin coklat...
so kkliza ubah sikit masukkan kopi...
kalau nak tahu camner rasa..jom kita cuba buat....


Muffin-Kopi-Coklat-Cip
MUFFIN KOPI COKLAT CIP

Bahan A

350 g tepung gandum
3 s/k baking powder
1/2 s/k garam
200 gm gula perang

Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady]
1 s/k nescafe
1 biji telur [dipukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

coklat cip secukupnya
kertas muffin

Cara

1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.

5 comments:

lela said...

Salam Kak Hanieliza, nescafe tu buleh tukar ngan serbuk kopi hitam tu tak? hehehe

aTiE said...

atie baru start bakar muffin choc chip kak liza...
hope it turns out well..
nak bawak balik kg nih.. :)

hanieliza said...

lela
kakliza rasa kalau tukar pada kopi hitam nanti rasanya berubah..
so rasanya macam tak sesuai jer...

aTiE
terimakasih sudi mencuba...
semoga berjaya...

Anonymous said...

Salam dearest sis. I'm one of your fans...love your "honest" recipes...nak tanya sikit...nak dapatkan muffin yg mcm lava gunung berapi tu...banyak mana kena isi muffin cup tu? Tqvm....semuga dirahmati Allah sentiasa

Anonymous said...

Tq kak liza... dah cuba.. menjadi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers