Tuesday, March 18, 2008

Jalan-jalan Cuti Sekolah

selepas menunaikan kewajipan mengundi hari itu kkliza sekeluarga berangkat ke KL untuk menemui anak2 yg tak dapat balik bercuti..
kebetulan pula asben kakliza ada tugasan di KL..
so kami pun amik kesempatan untuk bersama-sama 2 org anak yg berada di Shah Alam..
kakliza sempat memasakkan muffin coklat chips dan ayam masak merah untuk dibawa berjumpa anak2 disana..
sampai umah SIL kkliza di Sunway pun masak nasi tomato kegemaran mereka..[sorilah...kakliza agak kepenatan so x der mood nak amik gambo..]
selepas masing2 kenyang dan berehat sebentar kami bertolak ke KL terus check-in Hotel Nikko..





setelah berehat dan solat..kami pun turun berjalan kaki sekitar KLCC..
seronok sungguh kami anak beranak 7 orang bersama SIL berjalan dalam suasana tenang dan redup petang..sambil melayan tenguk irama air pancut depan KLCC..



sambil tu kakliza pun x lepas peluang amik gambo bangunan kebanggaan Malaysia..KLCC...






setelah selesai solat maghrib di Masjid As-Syakirin KLCC anak2 bercadang untuk naik EYE on Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa..
tapi sebelum naik gondola tu kami berkesempatan melihat show laser air yg ditunjukkan disitu..
oleh sebab naik semasa malam..kami berpeluang mengelilingi sebanyak 6 kali..best gilerrr..




selepas puas berposing maut disitu masing2 berasa lapar pulak..
so anak sulong kkliza mengajak p makan di Kg Baru KL..
kami makan di HR Steak House..mmg sedap masakan western situ..
tapi oleh sebab suasana agak suram saja cahaya lampu tu so kakliza x der mood nak amik gambar..
lepas makan..kami pun balik ke hotel dalam keadaan yang amat penat....

1 comment:

MamaFaMi said...

Bestnya akak gi makan angin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers