Tuesday, March 04, 2008

Pulut Serikaya

teruja ngan kejelitaan kueh serimuka adik di forum cari.com.my..
kakliza pn buat eksperimen..
tapi teringin pulak nak makan pulut sekaya..kira macam serimuka utara tuuu...





Bahan-bahan
Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas

2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam


Cara
Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

2 comments:

HomeKreation said...

Salam Kak Liza. Saya dah cuba respi ni, sedap sesangat. TQ kongsi ya....AlongRoz

Ikhwan said...

salam kak liza,,,, nak tanye la,,, puas da sayer ni cari resepi sekaya kukus,,, ganu mari nyer,,, ble kongsi tak,,,, dia tak pakai pulut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers