Wednesday, September 09, 2009

Kuah Kacang aka Kuah Satay




kakliza diminta untuk menuliskan resepi kuah kacang atau kuah satay..
selalunya kalau kakliza buat kuah kacang..kakliza akan masak dengan api perlahan dalam masa yang lama..
sampai naik minyak, cantik dan pekat..
tak boleh buat terburu-buru..





KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


19 comments:

ain said...

betul tu kak!! mak sy pun masak kuah kacang ngan api pelan2. baru ler thn lama dn makin sedap!!!

kakcikseroja said...

nampak sedapnya kuah kacang tu...

warna hidupku said...
This comment has been removed by the author.
warna hidupku said...

Wah..dekat2 raya ni. menyelerakan sungguh ! HUhu..teringat masakan mak kat kg.

MULAN said...

api pelan2.. eyy bila nak masak tu? api kuat je la cepat masak kak liza, tak tahan tunggu la.. he he.. tu lah saya yg rajin..

kak_tie said...

saya mmg suka makan kuah kacang ngan kuih muih dan bihun...resepi sya tambah belacan sket n guna gula kabung..mmg betul masak dgn api yg kecil dan dikacau selalu..sampai naik minyak..

suriani said...

santan dok letak ke..

Anonymous said...

Terima kasih ..... Hari ni try masak ... Sedap sgt..

Ayda di USA

RB said...

wah nak cuba lah :)

Anne said...

kak..nak share resipi neh kat blog saya eh?? tq akak...

Asiah said...

Tentu kak pandai masak,tahniah.

remallnies (syima) said...

oh patutlah xjadi kuah kacang saya..saya masak kejap je then api besar...ok2 baru tau :p (1st time buat)hehe

Anonymous said...

baru nak try

Nora Karim said...

Sedapnya nampak kuah kacang tu... terliur...

aziee said...

kuah kacang klau d mkn sama nasi impit mmg best kna lak kuahnya pekat likat mmg marveles lah...........

aziee said...

udah siap kok kuah kacangnya......mmg sdp maa kasih kak tuk resepinya,,,,,

Nna Nazir said...

Bpe lm nk msk kuah kcg ni?

Not So Virgin said...

dah try! sedap... tq kak!

Bidasari Menulis... said...

Dah lama cari resepi mcm mak punya, baru skg jumpa.. TQ kak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers