Friday, September 04, 2009

Bubur Lambuk

pagi tadi kakliza buat lawatan shopping ke pasar Tani..
nampak sayuran untuk buat bubur lambuk begitu segar bugar..
so kakliza pun beli...


balik rumah..kakliza pun buat bubur lambuk...
silalah jamu mata....
nak jamu makan..jauh bebonar...


BUBUR LAMBUK

Bahan

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuat
1. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.
3. Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan udang dan kacau sehingga rata.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.


14 comments:

ain said...

sedapnyaaa!!!!

hana said...

ya rabbiiiiii cedapnyer bubur lambuk ngan sayur2 cengginii!! ngencess dh ni kak! huhuhuuu

gebu said...

Salam Kak Liza..

Sedapppppnya bubur lambuk ni...meriah dgn sayur dan lauk..sehat lagi..macam gaya bubur menado...yg saya suka sekali makan masa kat Indon dulu!!

DuNiA aKu.......ZaRRa said...

salam kak liza...

bestnya pasar tani tmpt kak liza...susah nak cari daun2 tuh...kecor air lior kak oiiii...hehehe

Zue Murphy said...

Sedapnya bubur lambok tu! Loaded with lots of vegetables and vitamins. Ni nak kena buat jugak ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Uncle Lee said...

Hello Hanieliza, first time saya bacha, tengok this porridge, and the name too.
But it sure looks delicious.
Great cooking.
You have fun and keep well, Lee.

silversarina said...

Sedapnya nampak bubur lambuk kakliza, biasa yang dibeli sayurnya dah terlalu layu .

Suzi said...

kak liza,
sedap bubur lambuk cam ni ...byk pucuk2 kayu tu. aroma tu buatkan lg sedap.
mak sy selalu masak cam nilah...

wanie said...

uniknya.. sy x penah mkn bubur lambuk camni. looks tasty cos sy suka sayur.. bubur lambuk yg saya tahu letak daging, rempah dan kacang tanah.

Anonymous said...

tak buh santan ker kak???

kaseh suci said...

MOHON SHARE YA AKAK..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers