Friday, September 19, 2008

Kueh Puteri Mandi



Quote:
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya.
Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.
Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara.
Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)


bercakap mengenai tajuk yg dituliskan..
kakliza pun heran camner boleh kueh ini dinamakan puteri mandi..
apapun kueh ni mmg sedap..dan senang buatnyaa....
kiranya macam pejam mata pun boleh buat la...
ehhhh..betui ker...
tapi dengan syarat ada angin rajinla kannnn...
kakliza ingat masa kakliza kecil-kecil [masa mudalah bukan badan kecil..hahahahha..tahu tak per..... ] nenek kakliza akan buat kueh ini dan dipanggil "wadey kepeng"..
tapi bila nak buat kuah dia akan masakkan santan dan gula merah...
berbeza ngan di Pantai Timur..dimana kuahnya adalah masak air gula agak2 pekat dan masukkan kelapa muda..
apapun..kiranya sama jer...




KUEH PUTERI MANDI

Bahan

2 cawan tepung pulut [ayakkan]
air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
pewarna hijau dan merah
air secukupnya
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau.
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah.
8. Ulang proses [2] sehingga [6].
9. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
10. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
11. Kacau rata dan boleh hidangkan.

3 comments:

Anonymous said...

salam kakliza, terima kasih byk2 sbb blog kakliza sgt berguna buat kami sekeluarga.
Kalau nk turun johor, email lah saya , hehe, bukannya saya nk masak tapi nk belanja mkn kat tg langsat..

kak liza, adakah 'bubur belon' sama cara penyediaannya dgn puteri mandi ni?

Masa saya kecik2 dulu saya suka sgt manisan yg saya panggil 'bubur belon' sbb dlm bubur tu ada belon kecik2 yg berwarna-warni, tp tkde kelapa parut, kuah dia cair & mak saya letakkan nangka dlm tu sbg perasa.

Saya cuba google, tak jumpa la resepi asal (utk tentukan sukatan yg betul)

Harap kak liza pernah buat dan sudi kongsi dgn kita semua

Anonymous said...

salam kak liza...resepi wedey keping mcm buat puteri mandi juga ker? dulu masa arwah nenek ada dia rajin buat...wedey kepeng kueh org banjar...teringin nk makan kueh ni...huhuhuhuhu...

ada satu lagu kueh org banjar yg sedap 'kalakatar' ada masuk majalah 3...hubby tak penah makan bile rasa kueh ni terus jatuh cinta...setiap kali blk kpg mesti cr kueh ni....

Anonymous said...

salam...kuah dia x pakai santan ker???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers