Tuesday, February 19, 2008

Karipap Pusing



Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.


kak liza jumpa STEP BY STEP Dari Fp http://yt5486.fotopages.com/ cara buat karipap ini...

2 comments:

Lana The Admin said...

salam, dah beli 4 buah buku resepi kak liza smlm.ari ni br jumpa wesite ni.i m gonna try this recipe,kurma kambing,ayam masak merah dan nasi hujan panas kak liza this weekends sempena bday hubby.thanx.

AlamHati said...

salam kak crisco tu klu xde boleh ganti dgn apa ye?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers