Sunday, February 17, 2008

Keropok Lekor


KEROPOK LEKOR aka KEPOK LEKOR

Bahan

500 gm ikan selayang/parang/tamban
500 gm tepung sagu
garam secukupnya
sedikit kiub ais

Cara membuat
1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.


kakliza tolong pastekan cara-cara nak ambil isi ikan..
dari http://myideahandzolah.blogspot.com/2007/07/keropok-lekorfish-ball.html


1. Potong/penggal kepala dan ekor




2. Buang sirip atas dan bawah bermula dr ekor ke atas


3.Buang Perut


4. Kalau nak buang kulit plak..tarik kulit dr bahagian ekor keatas perlahan2 utk kedua2 belah


5. Basuh bersih Ikan tersebut


6. Masukkan ibu jari kanan kat bahagian perut tekankan ibu jari supaya kita dpt pisahkan isi (tarik isi dgn tangan kiri disamping ibu jari kanan bergerak ke arah ekor)

6 comments:

Yatie said...

kak liza,

saya ni hantu kepok lekor.... temia kasih sbb share the recipe... nak tanya, tepung sagu dan tepung kanji ni benda sama ke lain?

hanieliza said...

tepung sagu adalah berlainan dari tepung kanji[tepung ubi]

MamaFaMi said...

Ooo la hai...sorrylah... inilah satu satu kerja yang PALING TAK RAJIN kita nak buat, siang ikan!!! Tak makan pun tak pe! Ahakss.. eksen ler sebab dah balik Malaysia, boleh beli je. Tapi kalau dulu, rasanya harus gak ku kerahkan houseboy suruh siang ikan! Wakakaka... Kat rumah kita ni kan, kita dah jumpa kedai yang buat kopok lekor fresh. Best kak, sedap kopok dia!

Samurr said...

Interestinghtr post
.

Anonymous said...

I suka pancing ikan...riadah bersama family...selalunya setengah jam pancing dah dapat satu baldi...Tak try lagi kak liza punye resepi. K.liza belajar resepi tu kat mana? dgn org buat kepok ker? Sebelum ni, I pakai hentam jer buat kepok. Rindu nak makan sb di perantauan...

Anonymous said...

kalau tak ada tepung sagu, boleh ganti tepung ubi ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers