Sunday, February 17, 2008

Sambal Sotong


Bahan
1 kg sotong
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula
minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.

1 comment:

Anonymous said...

salam

pn. hanieliza, kalau takde tepung sagu, apa gantinya? kat qatar takde tepung sagu.
thanks.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers