Friday, February 01, 2008

Jagung



JAGUNG

Bijirin juga mempunyai banyak khasiatnya, antaranya ialah jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae.
Tumbuhan ini kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.
Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung dan kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.
Kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah.
Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.









JEMPUT-JEMPUT JAGUNG

Bahan

3 batang jagung [ ambil isi jagung ]
1 labu bawang besar [cincang]
3 biji cili merah [cincang]
100 gm udang hidup [cincang]
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai
Air garam (guna air suam)
Kunyit serbuk [jika suka]

minyak untuk menggoreng

cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan cili sos.





KUEH LEPAT JAGUNG

Bahan

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 s.k garam
daun pisang [dilayurkan dn potong kecil]

Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
2. Masukkan jagung dan kacau rata.
3. Kacau/Masakkan adunan sehingga kental.
4. Panaskan kukusan.
5. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat.
6. Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan




PANKEK JAGUNG PEDAS

Bahan
1 cawan jagung [2 tongkol jagung segar -hiriskan]
5 stik ketam fillet [potong kecil]
3 cawan tepung ]
1 s/k soda bikarbonat ] diayakkan
daun kucai/daun bawang [potong pendek]
1/2 batang kecil carrot [parut]
1 labu bawang besar ]
2 biji cili merah ]cincang
2 biji telur
4 cawan air
garam
minyak untuk lenserkan non-stik pan

Cara.
1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sikit minyak.
3. Letakkan 1 senduk adunan dalam pan dan tudungkan dengan tudungnya.
4. Masakkan dengan api paling minumum dan terbalikkan bila nampak kekuningan.
5. Angkat dan hidangkan dengan cili sos.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers