Tuesday, February 05, 2008

Satar Ikan


Satar adalah makanan ringan yang diperbuat dari ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran ikan tumbuk, lada dan halia dibalut dalam daun pisang berbentuk 3 piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api


ikan selayang yg biasa digunakan untuk buat satar ikan atau keropok lekor [kepok lekor]
sebelum dibakar


sudah dibakar


sedia untuk dimakan



SATAR IKAN

bahan

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sdikit asam jawa
daun pisang

caranya;
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

7 comments:

MamaFaMi said...

Macam sedap je kak...tak pernah makan ni...

drNO said...

ikan selayang ni ikan sardin kan..
kat kg mertua slalu beli ikan selayang...bakar tawar pun sedap, selain dr buat laksa..

BuDak BluR said...

kak liza nak tanya. ikan selayang tu nak kena rebus dulu tak? atau ambik isi mentah2?

BuDak BluR said...

kak liza nak tanya sikit ni. ikan tu nak kena rebus dulu atau ambik isi ikan mentah2?

ha said...

tak pernah makan..tapi tu ler nampak sedap sangatttt....cuma pernah tgk kat program tv..Kenali Ganu kite...

m3rni3 said...

waaaaaaaaaaaa .. rindu rindu rindu dgn sata n kropok lekor and otak2 kat terengganu ... very yummy ...

Aisah said...

Rasa2 nak try buat lah hujung minggu nie ... tu yg nak rak cri resipi .. td bru ja mkn satar dri Kelantan .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers