Tuesday, November 17, 2009

Ayam Black Pepper

Assalamualaikum...
lama dah kakliza tidak tuliskan resepi..
bebaru ini nak cepat masak..
so kakliza buatkan lauk yang rengkas bebenar..
kiranya macam ALL IN ONE laaaa...

jom tenguk...


AYAM BLACK PEPPER

Bahan-bahan
500 gm isi ayam
300 gm brokoli [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
1 biji lada capsicum [hiriskan]
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 sudu besar lada hitam [tumbuk]
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Cara membuat
1. Isi ayam potong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan brokoli dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan tomato dan kapsicum.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


7 comments:

arohamizwa said...

wah cedap ne...kena try uat sb ayam + lada hitam mmg feberet sy neh...akak tahniah ek atas kejayaan buku2 akak tuh..

Am-flora said...

sedap tu kak..!

Shuhadah Jailani said...

wahh...hebatlah kak lieza... saya pernah pergi demo masakan kak lieza kat MPH mid Valley hari tu...Best betul dapat rasa masakan kak lieza..!!!

Anonymous said...

酒店
酒店經紀 酒店上班 酒店兼差 台北酒店 酒店打工 酒店工作 禮服酒店
酒店兼職 酒店PT 打工兼差
酒店喝酒 酒店消費 喝花酒 粉味

Diari Hati said...

Alhamdulillah, saya dah cuba resepi ni. Memang mudah dan sangat sedap.. Saya memang minat resepi akak sebab semua mudah2 dan guna bahan yang mudah. Terima kasih...

puspawangi said...

cadangan: kalau nak lagi sedap bahan hiris tu kita tumbuk atau blender dgn lada hitam...brokoli pula kita masuk kan last sekali..kaup balik , tutp api dan tutup kan kuali, biar brokoli masak dgn wap panas saja untuk kkekalkan khasiat dan kaler hijaunya..

mycottonworld said...

tkasih kak lieza...dpt jugak idea nak masak apa utk mkn tghari ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers