
Cuti sekolah dah pun bermula semalam...
selalunya ibu-ibu akan relax.. .taklah terkejar dengan aktiviti driving anak kesekolah..masak..menggosok baju dan segalanya terpaksa dibuat mengikut jam..
tapi bagi kakliza..terpaksa berkejaran dengan jadual perjalanan jauh samada bercuti atau mengikut asben kakliza seminar atau bengkel atau kursus diluar kawasan Kerteh..
kali ini kakliza akan mulakan perjalanan ke KL esok [Ahad 21.11.09] kerana asben kakliza akan menghadiri bengkel kerja di Bangi selama 4 hari..
Rabu 25.11.09 kami akan bertolak ke Alor Setar untuk balik Raya Haji..
tapi akan singgah sekejap dirumah adik kakliza di Selayang Bahru untuk berjumpa bonda kakliza disitu..
kakliza akan berada di umah mertua di Anak Bukit sehingga pagi Ahad 29.11.09 dan akan bertolak semula ke KL kerana asben kakliza akan menghadiri Forum di sana selama 4 hari pula..
so siapa-siapa yang ada masa lapang jika nak beraya ngan kakkliza persilakan bertamu dirumah mertua kakliza di A/Bukit sana..
kalau boleh call dulu sebelum datang senang kakliza tunggu....

selepas asben kakliza habis Forum di KL kami akan tinggal dirumah adik asben atau adik kakliza untuk persediaan majlis pertunangan anak sulong kakliza dengan gadis pilihannya di Rawang..InsyaAllah..
kakliza akan balik Kerteh selepas tu tapi hanya untuk 2 hari sahaja dan kemudian akan berangkat ke Kuantan untuk kursus selama 4 hari pula..
Balik Kerteh selama 10 hari kami akan berangkat pula ke Alor Setar dan Penang untuk membantu anak no.3 kakliza menguruskan dia pindah kerumah sewa barunya..
kakliza akan balik Kerteh beberapa hari sebelum sekolah dibuka..
bayangkan jadual kakliza musim cuti sekolah...
baca pun dah penat..inikan pulak nak lalui..
fuhhh..terbayang nanti kain baju yang bertimbun..nak packing..kemas..segalanya..
aduhhhhhh....