Wednesday, July 24, 2013

Puding Lapis Kacang Soya


PUDING LAPIS KACANG SOYA

Bahan 
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 liter air kacang soya

½ cawan tepung kastad
sedikit pewarna merah
sedikit pewarna kuning

sedikit pewarna hijau

Cara Membuat
1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidh.
2. Masukkan air kacang soya dan tepung kastad dalam mangkuk dan kacau sebati. 
3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk agar-agar dan kacau rata lagi sehingga mendidih.
4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk. Kacau rata.
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam loyang yang disediakan dan biarkan agak keras.

6. Tuangkan adunan warna kuning perlahan-lahan ke atas adunan hijau dan tunggu sehingga agak keras.
7. Tuangkan pula adunan warna merah dengan perlahan-lahan ke atas adunan kuning dan biarkan sehingga keras. [Tuang dari bahagian  tepi]
8. Sedia untuk dihidangkan.

Tip
Untuk mengelakkan adunan warna hijau atau merah sejuk dan keras sebaiknya letakkan mangkuk adunan warna didalam mangkuk air panas.

4 comments:

syiela said...

tertarik menarik.. blh cuba nanti :)

Smartan Dad said...

Nice sharing.

ibuaries said...

salam..nak tanya, air kacang soya tu air soya kotak yang dah siap manis @ air soya fresh yang belum bergula. Tqvm

Lynn Sham said...

Kak Liza, saya cuba resipi ni semalam.. mudah dan sedap.. cuma agak manis sebab guna air soya dalam kotak.. terima kasih untuk resipi ni ya Kak Liza..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers