Saturday, July 13, 2013

Coklat Crunch


CHOCOLATE CRUNCH

Bahan 
500 g coklat compound [dipotong kecil]
50 g butter
150 g badam hancur atau stripe [dipanggang]
100 g cocoa crunch atau cornflake [ramas/hancurkan sikit]
50 g nutella atau peanut butter
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara Membuat
1. Cairkan coklat compound secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan cocoa-butter. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan kedalam acuan coklat dan hentakkan perlahan-lahan untuk menghilangkan gelembung angin.
5. Masukkan dalam petiais beku [freezer] dan biarkan beku selama lebih kurang 5 minit.
6. Keluarkan dari petiais beku dan terbalikkan  supaya keluar dari acuannya.

7. Masukkan ke dalam acuan kertas dan taburkan sedikit manik warna-warni.
8. Simpan dalam bekas.

Nota:
Teknik double boiler boleh rujuk Double Boiler

4 comments:

adda syuhada said...

uwaaaa sedapnya...

cik chinta said...

Mst cpt hbis ni

indahhouse said...

Salam 6 Ramadhan kak liza,

Wah, ini coklat. Mesti sedap sebab ada cornflakes. Cantik buatannya kak.

Ada bertembung kak liza masa stesyen bas putra setahun lalu. Saya mohon maaf jika haritu saya malu-malu. :) Selalu ikut masa fotopages dulu. Dah dekat 6-7 tahun dah, sejak mula kawen, hehe...
Moga segala kerjaya dan urusan kak Liza dipermudahkan Allah.

nurazah mohamad nor said...

Copy resepi yer Puan 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers