Thursday, August 01, 2013

Fettuccine Goreng Pedas


Fettuccine Goreng Pedas

Bahan A
300 gram pasta fettuccine
300 gram isi ayam [dihiris nipi dan kecil]
200 gram kobis [dihiris kecil]
1 batang lonak merah kecil [dipotong kecil]
3 biji tomato [dipotong baji/wedges]
2 pokok daun bawang [dipotong pendek]
3 pokok daun ketumbar [dipotong pendek]
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
1 labu bawang besar kuning [dipotong dadu]
2 ulas bawang putih [dicincang]
3 tangkai cili merah [dicincang kasar]
5 tangkai cili hijau [dicincang kasar]

Cara Membuat
1. Panaskan air dan masukkan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan fettuccine dan masakkan sehingga lembut.
3. Tuskan dan siramkan dengan air biasa, Tuskan sekejap.
4. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
5. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
6. Masukkan lobak merah, fettuccine, kobis dn garam. Kacau rata.
7. Tutup api dan masukkan tomato, hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Kacau rata lagi.
8. Sedia untuk dihidangkan.






5 comments:

MamaFaMi said...

Kak, kalau nak bagi kita fettucine ni, akak kasi sekali dengan pudding kat bawah tu eh... Dap dap dap!

ummisara said...

Salam,

yum yum... nak try lah.

Selamat Hari Raya Kak

mrs.smile said...

baru MS perasan rupanya MS tak pernah masak fettucine, ni dah ada resepi boleh cuba lepas ni..nampak menyelerakan sangat

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

restaurants vouchers said...

Looks interesting, I'll try this recipe soon :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers