salam..
pagi tadi kakliza bawa lauk Daging Lada Hitam ke majlis baca Yassin rumah kawan..
so boleh lah cuba masak..
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...
Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
Bahan Hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
6 comments:
Daging tu leh tukar ngan ayam tak? Ada bahan tabahan ker kalo tkr ngan ayam?
salam ziarah,salam kenal
dah lama saya xmsk menu ni :)
hehe...aunty chef mcm tau2 je 1st trial sy masak daging blackpepper krg m'jd..yeah,akan sy cuba lagi!recipe ni serupa dgn recipe dlm buku aunty chef tuh,kn..buku koleksi tuh skrg ni jd 'kwn baik' sy =)
>> AdiaLuze..
daging tu boelh ditukarkan dengan ayam..
tak perlu tambaha bahan lain..
>>Peri PiA..
terimakasih..salam kenal..
>> Sara Maya..
cubalah buat. semoga berjaya
tak perlu tambah sos tiram ke puan lieza??
Salam..
Kak, smalam i masak menu ni, sodap!
Post a Comment