PUDING LAPIS KACANG SOYA
Bahan
10 gram serbuk agar-agar
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 liter air kacang soya
½
cawan tepung kastad
sedikit
pewarna merah
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau
Cara Membuat
1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula
sehingga mendidh.
2. Masukkan air kacang soya dan tepung kastad
dalam mangkuk dan kacau sebati.
3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk agar-agar
dan kacau rata lagi sehingga mendidih.
4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan
masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk. Kacau rata.
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam loyang
yang disediakan dan biarkan agak keras.
6.
Tuangkan adunan warna kuning perlahan-lahan ke atas adunan hijau dan tunggu sehingga
agak keras.
7.
Tuangkan pula adunan warna merah dengan perlahan-lahan ke atas adunan kuning
dan biarkan sehingga keras. [Tuang dari bahagian tepi]
8.
Sedia untuk dihidangkan.
Tip
Untuk
mengelakkan adunan warna hijau atau merah sejuk dan keras sebaiknya letakkan
mangkuk adunan warna didalam mangkuk air panas.