Bahan A
Kulit popia secukupnya
3 keping daging ayam oblong
1 batang lobak merah [saiz kecil]
1 biji sengkuang [saiz kecil]
2 pokok daun bawang
sedikit garam
minyak masak secukupnya
sos cili
Bahan B
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Cara Membuat
1. Daging ayam oblong digril dalam pan tidak lekat sehingga masak.
2. Potong kecil dan panjang.
3. Lobak merah dan sengkuang disagat halus.
4. Daun bawang dihiriskan halus.
5. Masukkan semua bahan sayur dalam mangkuk dan gaulkan sedikit garam.
6. Kulit popia dileraikan satu persatu.
7. Gaulkan tepung gandum dan air sehingga sebati dijadikan sebagai gam kulit popia.
8. Letakkan sayuran dan daging ayam oblong ditengah kulit popia.
9. Lipatkan saperti membuat kueh gulung.
10. Gamkan hujung kulit popia.
11. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api sederhana.
12. Terbalikkan perlahan-lahan dan masakan sehingga kuning keemasan.
13. Angkat dan toskan minyak.
14. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili.
5 comments:
Salam kenal kak :)
Saya ni baru lagi berblog... Dulu selalu tengok blog akk tengok resepi masak...
Sedapnya popia ni... suka makan popia... senang aje yea nak buat... nak try la pasni hehe
suka makan kulit popia je..
yang dalam2 tu bagi kat orang lain.. huhuhu..
salam.. pagi ni je dah dua resepi popia bundo jumpa. Takleh jadik ni..
As salam Kak Liza...
Akak..bila lg ada jadual kelas memasak kat Kerteh, T'ganu? Klu ada..ingat nak join apa2 kelas yg kak Liza aturkan. Tentunya kak Liza sibuk sekrg ni...tapi minta tlg updatekan jadual kelas ya. T/kasih.
Salam..
Terimakasih kerana berminat untuk hadir kelas masakan kakliza.
buat masa terdekat ini kakliza tidak dapat buat kelas kerana kakliza sedang mengedit manuskrip resipi untuk buku terbaharu.
InsyaAllah jika ada kakliza akan tuliskan ...
Post a Comment