Friday, May 25, 2012

Kaswi Gandum

oleh kerana teruja dengan gambar-gambar kueh kaswi resepi kakliza yang telah dibuat oleh adik-adik di Facebook..kakliza pun membuat untuk sarapan yang mana kebetulan cuti sekolah bermula dimana anak-anak ada dirumah dan mahukan kueh...




KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kueh [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

9 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
Dr hari tu tgk ramai yg dah buat kuih nie... Diana x pernah lg buat kuih nie.. Teringin nak cuba buat... Sbb suka sgt makan kuih nie... Mmg nampak sedap kuih yg akak buat nie..

Lydia Miza said...

sedapnye kak liza.lawan ngan teh o suam syok ni

adda syuhada said...

suka sgt ngn kuih ni...tp belum pernah cuba buat lgi..huhuhuh

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaa....dah Chef kata sedap...kitaaa mestiiii piliiihhhh!! Heheee...esok kita nak buat laah!

Qhaifa Nur said...

kaswi suka sangat......
dapat yang lembik-lembik sikit sedapnya.....

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Sedap kuih ni kalau kena dengan resepinya. Telah banyak kaswi yang saya rasa tapi tak dapat lawan kaswi yang isteri saya buat kat pejabat. Rasa lemak-lemak gitu. Nanti saya nak cuba resepi Kak Liza pula.

Unknown said...

nampak sedapnya..boleh try ni

Anonymous said...

sy dh cuba buat resepi niee.memang sedap.tkasih

Unknown said...

Copy resepi yer Puan 😊

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers