Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Monday, October 12, 2009
Daun Kaduk dan Daun Sireh
KADUK
Nama Tempatan: Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:
keterangan:
kaduk adalah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.
kegunaan:
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.
SIREH
Sireh adalah nama sejenis tumbuhan merambat yang bersandar pada batang pohon lain. Sebagai budaya daun dan buahnya biasa dimakan dengan cara mengunyah bersama gambir, pinang dan kapur. Namun mengunyah sireh telah dikaitkan dengan penyakit kanker mulut dan pembentukan squamous cell carcinoma yang bersifat malignan.
Sireh digunakan sebagai tanaman obat (fitofarmaka); sangat berperanan dalam kehidupan dan berbagai upacara adat rumpun Melayu.
Kegunaan
1. Batuk
2. Sariawan
3. Bronchitis
4. Jerawat
5. Keputihan
6. Sakit gigi karena berlubang (daunnya)
7. Demam berdarah
8. Bau mulut
9. Haid tidak teratur
10. Asma
11. Radang tenggorokan (daun dan minyaknya)
12. Gusi bengkak (getahnya)
13. Membersihkan Mata
Daun sireh kaya dengan pelbagai khasiat. Ia boleh dijadikan pencuci yang sangat berkesan kerana mengandungi antiseptik. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci alat sulit wanita dan juga boleh digunakan untuk menyegarkan mata yang gatal dan letih.
Caranya: Ambil beberapa helai daun sireh muda dan kemudian cuci bersih. Ramaskan ia dan kemudian masukkan kedalam air suam. Selepas itu tapiskan airnya dan rendamkan mata kedalam air sireh tersebut sambil kerdipkan mata berulang-kali. Lakukan selalu untuk melihat keberkesanannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ya adik-adik...hari ni kita tak ada kelas masak memasak... hari ini, kita ada kelas mengenal daun ye... sila ambil perhatian...
Ahakss... jangan mare... gurau je!
ohhh.. ada tanam tak? nnti boleh petik kt umah kak liza..
>> Mama..
Sila duduk dendiam dan dengar apa cekgu cakap yer...
pastu cekgu akan berikan soklan cepumas yerr...
>> Mulan..
Daun kaduk banyakkkk sekali..depan belakang ada hutan kaduk..
daun sireh susah terhapus..sebab tidak ad orang siram aritu..
kalau minat ngan daun kaduk..ring-ring jer...
salam kak...
daun kaduk tu kalau buat kerabu sedaaapp sesangat..makan nasi boleh tambah2 banyak kali...kena pula dgn gelama masam goreng...nyam..nyam..nyam...
saya rasalah..yg sebabkan kanser tu adalah gambir & kapur..bukan sirih..
ooo...mcam ni rupenye daun kaduk.thanks for the info akak.tambah ilmu cakura hari ni.
Post a Comment